Thursday 27 September 2012

Cara membawa barang yang banyak dan berat...


Salam, 
baru lepas pegi kedai beli susu Nawfal

Selalu jari mesti sakit bila nak angkat barang yang berat kan? boleh terseliuh jari jadinya.
So untuk jalan penyelesaiannya, ambil sebarang objek yang berbentuk seperti pen, bateri, dsb untuk digunakan sebagai pemegang plastik.

It works really well.

Drama Korea yang sentiasa diingatan saya...

Salam...

Saya bukan peminat tegar drama korea. Tapi...haha ada tapi. Dulu sebelum naiknya imej filem/drama/musik korea seperti sekarang, saya ada menonton satu drama korea yang yang ditayangkan di TV2 kalau tak silap saya.

Sampai sekarang drama ni melekat di minda saya berbanding winter sonata or others top Korean drama yang lain. Mungkin disebabkan temanya agak menarik iaitu berkisarkan tentang percintaan guru dan murid.  Ada sesiapa ada pengalaman macam nih? :p..Lagu dia pun sedap ditambah dengan aksi pelakonnya yang gila-gila dan comel.:p

Tajuk drama ni : ROMANCE. Rasanya drama ni tahun 2002.
sesiapa ada copy drama nih bagi pinjam sat. Nak tengok balik. Bestt!

Tuesday 25 September 2012

Thursday 20 September 2012

Lain-lain kegunaan bagi penutup botol.

Salam.

Raya dah habis...Simpul kasih banyak lagik. Nak sket?




Nyum-nyum...


Cara kenalpasti lokasi gas tank kereta..

Salam.

Pernah tak korang confuse dimana tempat isi minyak kereta korang? kiri ke kanan?...saya pernah jugak.
So untuk settlekan benda nih, perhatikan simbol anak panah gas tank di dashboard korang..kiri ke kanan?



Macammana dgn kereta yang tak der simbol nih?

Tuesday 18 September 2012

Cara simpan lebihan Corntoz yang coool!

Salam. Xde getah untuk ikat lebihan Corntoz? x jadi masalah...


Tell me your result ok :p

Muaythai boleh dikalahkan dengan...



Silat atau muaythai? Pada saya, keduanya mempunyai kelebihan. tetapi dari pemerhatian saya, rutin muaythai yang memberi kelebihan lebih daripada silat.

Bayangkan untuk menjadi seorang penggiat muaythai, seseorang perlu mengharungi latihan yang amat ekstrim. Berjoging, skipping, tekan tubi adalah rutin harian yang wajib.  Dengan setiap amalan ini, pastinya para pengamal seni muaythai mempunyai kekuatan badan yang sangat kental. Adakah silat warisan kita mempunyai rutin hariansebegini?

Silat pada saya sangat berbahaya jika kena pada caranya. Maksud saya jika dapat mengunci pergerakan musuh. Saya pernah tersembam ke tanah hanya kerana tok guru menekan urat pergelangan tangan saya. Tapi untuk mengunci pergerakan seorang penggiat muaythai, saya rasa memerlukan kekuatan yang setanding atau lebih.

Jadi, bagi penggiat silat, jagalah makan, amalkan cara hidup sihat..tak guna mempunyai pelbagai buah silat tapi kesihatan badan tidak dijaga.

sekian.

Monday 17 September 2012

Alahai kenduri kahwin zaman sekarang...



Kelmarin saya sempat hadir dua majlis kenduri kahwin. Sangat berbeza cara kedua-dua tuan rumah menjalankan majlis mereka. Macam-macam trend majlis kenduri yang ada sekarang kan?...Majlis yang berlandaskan syariah sangatlah menyenangkan hati.

Majlis kenduri pertama yang saya pergi betul-betul menampakkan kesungguhan tuan rumah untuk mengikut syariah dan tunjuk ajar nabi. Tempat makan bagi lelaki dan perempuan  diasingkan, Lagu yang berkumandang kebanyakannya nasyid dan tazkirah agama. Saya dapat rasakan suasana yang harmoni dengan kehadiran ramai budak-budak dari Maahad Tahfidz terdekat. Rupanya budak-budak tersebut adalah anak murid pengantin lelaki. Ramai juga tok-tok guru pondok yang hadir yang sempat saya perhatikan. Memang sangat menyenangkan hati saya.

Manakala majlis kenduri kedua yang saya hadiri adalah seperti kebanyakan kenduri yang ada sekarang...Tempat makan lelaki dan perempuan tidak diasingkan, lagunya memang membingitkan (seb baik xde Gangnam) dan kebanyakannya melalaikan. Ada satu masa, saya terpaksa berhimpit dengan orang ramai (bercampur lelaki perempuan) untuk mengambil minuman dan saya cuba sedaya upaya untuk tidak saling bersentuhan dengan bukan mahram saya..memang memenatkan.

Alangkah eloknya jika kita dapat mengadakan majlis dengan berlandaskan agama. Agama itu sepatutnya diatas dan dijadikan sandaran. Apapun, bab makan memang kedua-duanya terbaik...saya makan banyak sangat. :p

Sunday 16 September 2012

Meditasi memenatkan tapi...



Pernah bermeditasi? Bertafakur? I've been practicing meditation for a couple years dan kesimpulannya...memenatkan...haha. Kelebihan bermeditasi ini adalah mengurangkan stress, meningkatkan metabolisma badan, meningkan daya tumpuan serta seingat saya, menguatkan tenaga batin...

Beberapa kaedah yang biasa saya gunakan untuk bermeditasi :

1. Duduk bersila, pastikan badan selesa dengan pakaian yang dipakai (tidak terlalu ketat), Tarik nafas pelahan-lahan sedalam yang mungkin...lepaskan perlahan-lahan dan tanpa memikirkan pada sebarang perkara, tumpukan hanya pada nafas kita. Mulakan dengan maksimun 10 minit.

2. Duduk dengan tenang, tarik nafas dan hembus perlahan-lahan, tumpukan hanya pada Allah yang Maha Agung. Gerakkan hati untuk berdzikir kalimah syahadah atau lainnya.

3. Duduk bersila, tarik nafas sedalamnya dan lepaskan perlahan,,sewaktu melepaskan nafas tadi, biarkan perut dalam keadaan seperti menarik nafas (kempiskan)....lakukan sebanyak 3 kali secara perlahan-lahan.

Selamat mencuba dan kalau dapat dipanjangkan tempoh bermeditasi, adalah lebih baik. Bagi peringkat permulaan, setkan jam atau handphone selama 10 minit dan mulakan bermeditasi ok....memang memenatkan tapi berbaloi :p.

Saturday 15 September 2012

Ditangkap pada pagi raya...kesian atau padan muka?



Salam...

berbaloikah menerima sedikit wang dengan diberhentikan kerja tanpa mendapat sebarang pencen dan imbuhan lain? Memang tak berbaloi kan...Setelah 6 tahun bekerja di dalam perkhidmatan awam, pelbagai cerita rasuah yang saya dengar samada melibatkan wang ringgit atau harta persendirian.

Cerita bagaimana seorang kakitangan sebuah jabatan yang ditangkap pegawai SPRM pada pagi hari raya aidilfitri memnag mendapat perhatian. Bayangkan perasaan Isteri dan anak-anak kakitangan tersebut apabila beliau ditangkap pada hari yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran ..mana nak letak muka?

Nasihat bagi yang baru masuk bekerja dalam perkhidmatan awam, jaga diri, jangan cepat terpengaruh, nak duit lebih...buat part time...senang.




Thursday 13 September 2012

Cara dakwah pada bukan Islam

Saya baru selesai hadiri seminar motivasi diri di KOMTAR, Pulau Pinang yang diberikan oleh seorang muallaf dari keturunan India bernama Assyeikh Kamaruddin Abdullah. Beliau merupakan presiden IPSI (Islamic Propagation Society International). Sebuah organisasi yang menjalankan dakwah dan sekarang telah mengislamkan lebih 100 orang di Pulau Pinang. SubhanAllah.



Memang berbaloi ilmu yang beliau kongsikan antaranya mengenai :

1. Betapa kerdilnya kita di dunia ini. Ada 24000 Billion galaksi dan kita dimana? Kenapa perlu sombong?

2. Betapa besar fadhilat derma di jalan Allah bagi yang nampak hinanya dunia dan hebatnya Akhirat..

3. Urusan dakwah terletak atas bahu semua umat Islam...Kita adalah para pendakwah.

4. Al-Quran perlu dihayati dan perlu ada tindakan selanjutnya selepas membaca dan memahami Al-Quran.

Perkara yang saya paling ingat sampai sekarang adalah bagaimana beliau begitu marah pada umat Islam yang tidak mendedahkan beliau dengan Islam pada zaman kejahilan beliau. Beliau masuk Islam bukan kerana dakwah orang Islam tetapi atas usaha beliau mengkaji Al-Quran.

Perkara lain yang turut menarik perhatian saya adalah, ada jugak peserta program yang bukan beragama Islam datang dan mereka telah diberi senaskah buku agama yang bertajuk Keajaiban Al-Quran...Moga mereka mendapat hidayah dari Allah.

Moga As-syeikh mendapat rahmat dari Allah S.W.T.


Tuesday 11 September 2012

Bagaimana menjana income RM1000 sehari!

residual income

salam.

Baru ni saya terjumpa sorang rakan dalam satu majlis sempena hari kemerdekaan. Bersembang lama jugak dengan dia dan saya mula perhatikan yang rakan saya dah banyak berubah dari segi penampilan. Beliau kelihatan segak dan seperti seorang bos.

Memberanikan diri saya tanya dia apa kerja dia sekarang...dia cakap macam biasa la bro keja makan gaji. Saya tak percaya dia hanya kerja makan gaji sebab dia nampak lain sangat. Desak punya desak, akhirnya dia pun buka rahsia yang saya sendiri terkejut beruk!

Rupa-rupanya dia ada buat trade emas secara online. Dah lama jugak la dia trade benda nih dan sampai sekarang income yang dia dapat mencecah RM1000 sehari!!! Saya tak percaya pada mulanya tapi berdasarkan cerita rakan-rakan lain memang dia buat trade dan dapat untung sebanyak tu...saya tanya dia lagi kenapa masih keja makan gaji...dia cakap trade emas nih tak berapa selamat di Malaysia. So dia kerja tetap nih sebagai backup.

Baru saya teringat dalam suratkhabar ada cerita pasal BNM tengah siasat kelompok yang menjalankan trade emas nih dan salah satu syarikat yang termasuk dalam siasatan adalah syarikat rakan saya nih...well saya tengok sampai tak der perkembangan pun..mungkin masih dalam siasatan.

Apapun saya seronok tengok rakan saya nih dapat hidup senang sekarang...saya tak berani nak masuk sebab dah banyak kali terkena. Apapun, manusia takkan pernah puas dengan harta dunia...biar dapat segunung emas pun dia tetap tak puas...betul?

Monday 10 September 2012

Dipukul selepas selesai solat Jumaat



Salam.

Jumaat lepas saya sempat solat jumaat di kampung saya di Pulau Pinang. Happy jugak sebab dah lama tak dapat solat berjemaah dengan orang kampung.

Selesai saja solat, tetiba terdengar bunyi bising di belakang ...macam orang tengah gaduh. Saya buat bodo dan terus sambung berwirid dan terus berdoa...selesai semuanya saya bergegas ke tempat gaduh tadi. Allahuakbar! sorang mamat Bangladesh/Myanmar terbaring atas tanah dengan muka separuh lunyai (lembik). Kenapa sampai begini dia dipukul?

Dari cerita dari sorang rakan saya, Budak Myanmar tersebut ditangkap kerana memakai rantai yang mempunyai bentuk salib. Jemaah disebelah budak Myanmar yang mula-mula menyedari rantai tersebut sewaktu sedang sujud. Memang teruklah budak tu kena bantai.

Nasib baik salah seorang imam masjid datang cepat untuk menghentikan pergaduhan. Itupun selepas imam tersebut berkata " kenapa nak dipukul teruk budak nih, mungkin dia berminat dengan Islam, dia nak belajar Islam..bagi la dia peluang nak belajar solat..sudah-sudah".

Saya pun rasa tak patut budak tu dipukul...Hmmm

Korang rasa budak Myanmar tadi masih berminat lagi dengan Islam? Harapan saya begitu...



Tak sayang Malaysia ka?



salam,

Baru lepas blogwalk. Apa yang saya rasa sekarang macam baru keluar dari pasar malam yang kecoh dengan suara penjual dan pembeli. pening kepala saya dibuatnya. huihhh...

Kenapa? Saya sebenarnya baru habis bw blog-blog politik tempatan. Memang blog-blog ni mendapat rate yang tinggi di kalangan pengunjung disebabkan tajuknya yang sensitif. Maka secara automatiknya komen-komen yang pedas pun menjelma, mengutuk satu sama lain tanpa rasa hormat. Lepas  satu blog ke satu blog, apa yang saya dapat simpulkan..

Memang sampai bila pun parti politik khususnya parti politik melayu takkan bersatu. Orang melayu dah berpecah berapa?

Tak payah cakap la kenapa, bagaimana benda ni boleh berlaku sebab dah ramai dah pakar politik yang lebih pakar dari saya telah berhujah pasal kesatuan parti melayu berjela-jela dan berabad-abad. Teman-teman pun masing-masing faham kan bagaimana suasana politik negara masa kini.

Saya malas nak cerita bab politik nih tapi bila terbaca komen-komen yang mengarut dari blog yang saya lawat tadi, terasa mendidih pulak hati ni...x sayang Malaysia ka?

p/s: saya rindukan khilafah. cepatlah datang..


Saturday 8 September 2012

Teknik menumpaskan musuh tanpa pengetahuan seni mempertahankan diri

salam.

Banyak jenayah terjadi sekarang. Korang pernah hadapi situasi seperti diragut, rompak dsb? ..Ayuh kita persiapkan diri untuk menghadapi situasi yang kritikal  dengan mempelajari titik-titik lemah manusia. Tanpa perlu sebarang kaedah persilatan, kita boleh menyelamatkan diri dari sebarang bentuk serangan dengan menyerang titik lemah tersebut.



1.  Gunakan jari untuk cucuk / tekan mata penyerang. Bentukkan jari seperti ayam mematuk atau bukakan tapak tangan untuk menghentak telinga. luruskan jari dan hentakkan pada leher ( karate ). Boleh saja guna penumbuk untuk patahkan hidung.



2. Gunakan kaki untuk menyerang kelangkang musuh, lutut untuk menyerang paha. Pijak kaki musuh menggunakan tumit kaki/ bahagian kasut yang paling keras.

Perkara paling penting sewaktu kita berdepan dengan musuh adalah sentiasa fikirkan yang kita akan berjaya lepaskan diri. Janganpernah terfikir pun untuk menyerah kalah. Don't let your attacker control your mind ok.

Bila lagi wei kalau bukan sekarang...



Wahai diriku...
terlalu banyak kekuranganmu. Bila lagi kalau bukan sekarang untuk kau meningkatkan amalmu dengan...

1. Bangun malam bertahajjud...sekurangnya sekali seminggu. (akan ku usahakan)
2. Menderma sekurangnya RM2 setiap hari dengan istiqamah. (InsyaAllah boleh)
3. Menghafadz al-Quran seumur hidupmu. (Antara cabaran buatku)
4. Membaca al Quran setiap hari dengan istiqamah. (InsyaAllah Boleh)
5. Berdzikir sekurang-kurangnya 1000x sehari. (InsyaAllah Boleh)
6. Berpuasa sunat Isnin atau Khamis... (akan ku usahakan)
7. Mengerjakan Hajj dan Umrah. (sedang ku usahakan)
8. Mendengar kuliah sekurang-kurangnya sekali seminggu. (InsyaAllah boleh)
9. Rajin membuat amalan sunat. (sedang ku usahakan)
10. Muhasabah diri Sebelum tidur. (sedang ku usahakan)

Kerana dirimu wahai Mohamad Sopie, semakn dimamah usia tetapi amalmu masih tak kemana...Ampunkanku wahai Pemegang Rohku. Ampunkanku.

Friday 7 September 2012

Kenapa perlu senyum?



Salam.

Tiap kali ada masalah, apakah perkara yang korang akan buat selain dari dzikrullah?...

For me, whenever saya mendapat sebarang kesulitan, perkara yang saya kerap lakukan adalah dengan....SENYUM, ya betul, senyum. Dari segi sains, kita semua tahu yang banyak kajian dilakukan tentang  otot-otot yang terlibat ketika senyum. Kajian-kajian ini sebenarnya menunjukkan bahawa dengan hanya senyum, otak kita menterjemahkan yang seolah-olah masalah yang dihadapi sudah selesai.

Ini betul terjadi pada saya...kerana saya telah praktiskan benda ni agak lama...dan resultnya memang memberansangkan. Bila saya mengkaji lebih mendalam, rupanya apabila kita senyum, kita sebenarnya sedang menjana aura positif dalam diri. Apabila diri menjadi positif secara outomatiknya, masalah yang kita hadapi akan tampak mudah untuk diselesaikan.

Bila bos marah tak tentu pasal,  tayar moto pancit in the middle of nowhere, Duit dalam bank makin menyusut, dan bermacam lagi masalah yang timbul...maka jangan lupa senyum ok.

Di barat, pakar kaunseling mereka telah lama menggunakan kaedah senyum untuk pesakit mereka yang dinamakan 'smile therapy'. No wonderlah bila Rasulullah sangat menyeru kita agar kerap melemparkan senyuman walaupun ketika dalam kesulitan.

Cuba teman-teman praktikkan setiap kali menemui masalah. InsyaAllah terkesan. Jangan cepat melatah.

p/s: saya tengah senyum ni :o

Tiap kali nak lawan mesti saya kena jadi.....

Salam. comel tak budak nih?


























Meet my precious son, Muhammad Nawfal Bin Mohamad Sopie. At average kid like him, he likes toy very very...very..very much. Dan sekarang, mainan yang paling dia sukakan adalah...Ultraman. Korang nak tau betapa dalamnya pengaruh ultraman ni pada Nawfal?

At some time bila saya bermain dengan Nawfal, dia akan ajak saya berlawan macam dalam cerita Ultraman. So saya rasa korang boleh agak siapa yang akan jadi ultraman dan siapa akan jadi raksasa kan...?yeah right :p.

Jadi bila saya dapat kunci pergerakan dia, saya akan suruh dia surrender. Saya akan suruh dia cakap yang ultraman kalah...Korang rasa dia cakap?sampai ke sudah dia tak cakap. Saya agak terkejut kerana cara saya mengunci dia agak kuat dan dia langsung tak mintak saya lepaskan dia. What the?..can you imagine that?  Its like he really into it ..nobody can harm his 'precious' ultraman. haha.

So, my mind say...can we switch that ultraman to something that is more and more precious like... Al-Quran?
Do'akan saya.


Ultraman yang paling Nawfal minat. Tak tau nama pa. Dia saja yang tau...





Thursday 6 September 2012

Ayuh bangkit bangsaku!!!



Pernah tak korang mendengar sesiapa bercakap tentang orang putih/mat saleh/orang barat yang kedengaran begini, "mat saleh ni berani tak kena tempat, sanggup dia pegi tempat tu" ," mat saleh ni tak takut ke? banyak buaya dalam sungai tu"...mesti pernah kan. Pendapat korang, adakah mat saleh yang bermasalah atau kita yang bermasalah?

Dari zaman gelap hingga ke zaman perindustrian, barat telah mencapai tahap kemajuan yang pada saya adalah kesinambungan dari kemajuan Islam pada zaman Khilafah. Barat ketika itu begitu memandang tinggi kemajuan yang dikecapi negara Islam Andalusia dan mereka menghantar ramai dari kalangan mereka untuk belajar dengan sarjana-sarjana Islam disana.

Cukup tentang sejarah. Saya melihat bagaimana barat boleh mencapai begitu banyak kemajuan adalah kerana sikap ingin tahu mereka yang tak pernah hilang. Setuju? Bukan masalah diorang takut ke tak, berani ke tak, tapi memang sikap ingin tahu diorang begitu tinggi dalam mencari kepastian mengenai sesuatu perkara walaupun terkadang membawa masalah pada diorang balik. ahaks. No wonder la kalau diorang sangat berjaya dalam pelbagai bidang dan lapangan. Kita?

Kita terkenal sebagai bangsa yang hanya menerima daripada bangsa yang mencipta. Setuju? tak setuju?... kalau tak setuju..start learning new thing, starts working on new innovation and start rising up your hand when lecturer asking a question!.

Kita mesti bangkit! bangkit! bangkit!

p/s: I'm currently working on html5 


Wednesday 5 September 2012

Pernah mengalami Deja vu ?

Salam.

Saya baru sampai ofis. Hujan lebat. Macam biasa, saya akan parking moto, tunggu lift, punch my card dan terus ke tempat kerja.

Buka pc and terus menaip :p. While couple of my friend baru sampai and they proclaim their 'Salam'. Seriously, detik yang kawan saya ucapkan salam tu saya dah pernah rasa sebelum ni. Situasi saya sedang menaip some word, di beri salam oleh kawan, memang saya rasa macam pernah berlaku.

That kind of feeling sebenarnya menarik minat saya. They call it 'deja vu'. betul? Saya pasti korang pernah mengalaminya kan? Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.


Tuesday 4 September 2012

Ditindih sewaktu tidur



Pernah kena tindih semasa tido? saya dah banyak kali mengalami pengalaman ditindih ni...satu pengalaman yang paling saya tak boleh lupakan adalah bila saya tido di rumah saudara di KL.

Letih perjalanan dari Penang ke KL membuatkan saya tertido di bilik saudara saya. Yang saya ingat, saya terasa macam ada orang sedang berjalan atas katil yang saya tido. Then, saya tak dapat bangun atau bersuara langsung. Di sebelah katil saya ada sebuah kerusi yang mana, saya dengan sedarnya dapat melihat satu lembaga yang mana bentuk tubuhnya menyerupai saudara saya sedang menghisap rokok...yang peliknya saya langsung tak dapat memanggilnya...

Tak berapa lama kemudian, dengan izin Allah saya dapat melawan dan terjaga sepenuhnya. Lembaga yang saya nampak tadi dah menghilang. Terus saya keluar dari bilik tersebut dan saya sangat terkejut kerana saudara saya sebenarnya sedang tido di ruang tamu..

saya ceritakan pada dia tentang peristiwa tersebut dan saudara saya tak terkejut pun sebab katanya, bilik tersebut memang tak siapa berani tido...Hmmm?

p/s: saudara saya femes jugak kt KL. vokalis band onebuckshort. Ceh..ang xfemes mana pun mooky :p

Tips sihat yang super simple!



Ya Rasul, bagaimana kami tidak putus-putus merinduimu kerana kau terlalu sayangkan kami, risaukan kami, doakan kami...

Teman-teman, contohilah baginda Nabi. Dari segenap aspek kehidupan, baginda Nabi telah mengajar kita bagaimana untuk mengurus kehidupan dengan selengkapnya. Justeru, marilah kita bersama hayati antara tip-tip kesihatan dari baginda Nabi S.A.W :

1. Mandi awal pagi sebelum Subuh / sejam sebelum matahari terbit. ( Kurangkan lemak badan )

2. Minum air sejuk bercampur madu setiap pagi. ( InsyaAllah payah mendapat sakit )

3. Sujud selepas do'a solat Subuh paling kurang seminit. ( mengelakkan migrain )

4. Tidak minum susu bersama daging, ayam, ikan, cuka atau buah-buahan. ( mudahkan proses hadaman )

5. Makan buah-buahan sebelum makan berat.

6. Penuhkan setengah ruang perut dengan air.

7. minum air dengan 3 teguk sekali nafas perlahan-lahan. Dilarang bernafas pada air minuman.

8. Makan berjemaah / keluarga.
    ( Bercakap soal makan bersama keluarga, ada seorang pakcik yang menjual satay di tempat saya yang
    mengesyorkan agar makan bersama keluarga di dalam satu talam. Khaifiatnya, mengeratkan kasih sayang.
    Memang saya nampak kebahagiaan pakcik tersebut bersama keluarganya. Setiap harinya dipenuhi dengan
    senyuman tanpa saya dapat menghidu sebarang masalah. Moga Allah merahmatinya... )

p/s: saya jarang minum air...

Monday 3 September 2012

Kita sebenarnya miskin daripada si miskin!



“Ya Allah, hidupkanlah aku sebagai orang miskin, matikan aku sebagai orang miskin dan himpunkan aku bersama orang miskin di dalam syurga” – Riwayat At Tarmizi -

Beginilah doa yang Rasulullah bacakan agar dapat bersama golongan yang kita selalu pandang sebelah mata dan buat-buat tak nampak...siapa kita dengan Rasulullah? memang kita sehina-hina manusia jika memandang orang miskin dengan penuh kebencian,..memang kita bukan tandingan orang miskin jika dikira aturan siapa dahulu yang akan masuk syurga? Siapa lebih bermanfaat?

Oleh itu, raikanlah golongan ini, selalu menderma pada mereka, tanyakan khabar mereka. Buangkanlah sikap buruk sangka pada mereka bila hendak menderma.

Antara yang menjadi manfaat bagi orang miskin adalah :

1.Orang miskin tidak disibukkan atau dilalaikan oleh harta individu, dengan itu peluang ditipu oleh harta tertutup sama sekali.

2.Harta selain menipu daya, ia juga mengikat dan mengongkong pergerakan tuannya, orang tak sanggup meninggalkan harta dan rumahnya seperti tidak sanggup meninggalkan anak isterinya, sedangkan manusia bebas ke mana sahaja demi memperjuangkan agama Allah.

3.Orang miskin yang mengorbankan harta di jalan Allah ialah menyimpan harta di bank akhirat , dia dapat berganda-ganda untung lagi, keuntungan dunia diperolehi dengan menjadikan masyarakat, jemaah dan negara kaya. Negara kaya lebih hebat dari individu kaya.

4.Bilamana Rasul memilih kemiskinan dengan sendirinya perebutan kekayaan di kalangan pengikut akan terhenti, kerana pemimpin miskin tidak mengumpul kekayaan, mereka tidak meneruskan merebut kekayaan kerana Rasul tidak suka, bahkan masing-masing mengorbankan harta mereka. Kerana demikianlah Allah dan Rasul perintahkan.

5.Orang miskin rapat dengan Tuhan. Mereka selalu meminta-minta pada Tuhan dan merasakan Tuhan amat perlu dalam hidup mereka, sebaliknya orang kaya selalu lalai dengan Allah, bahkan sering terlupa bahawa kekayaan itu semua adalah pinjaman dari Allah. Sebab itu kita lihat orang kaya lebih terdedah kepada sifat sombong dibandingkan dengan orang miskin, sebab itu orang-orang mukmin kerana pentingkan hati yang suci dan tawadhuk, mereka memilih kemiskinan daripada kekayaan.

6.Orang miskin lebih dahulu masuk syurga berbanding orang kaya kerana kurang hisab mereka, orang kaya yang boleh masuk syurga pun akan lewat 500 tahun dibandingkan dengan orang miskin.

p/s: Bukannya saya mempromosikan kemiskinan, Rasulullah amat menyintainya. Berpadalah pada kekayaan, pusat kesombongan.