Wednesday, 28 March 2012

Barcelona menyerlah kerana Messi atau Pep Guardiola?

"Not All Pro Soccer Player Enjoy Soccer, These Guys Do."
Dari perbualan rakan-rakan mengenai suku akhir EUFA CHAMPION LEAGUE 2011/12.."Susah AC Milan nak lepas Barca nih, selagi ada si katik Messi tu ".

Selepas era Johan Cruyff, Maradona, Ronaldinho, Barcelona mampu menarik nafas lega kerana mereka mempunyai penyambung kehebatan kelab Catalan iaitu Lionel Messi 'the flea'. Kehebatan pemain kecil molek ini diterjemahkan dengan kata-kata menarik berikut : 


Hristo Stoichkov (Bulgaria) : 
'Suatu masa, saya dikatakan hanya boleh dikekang dengan pistol tetapi untuk mengekang Messi, anda memerlukan machine gun'.


Namun adakah benar Messi adalah faktor kehebatan Barca? 
Perhatikan persembahan Messi bersama pasukan kebangsaan, jelas sekali Messi tidak berada pada kelasnya. Kekalahan 0-4 pada suku akhir World Cup 2010 di tangan Jerman menjadi bukti betapa tanpa corak permainan yang Argentina amalkan tidak menjadi walaupun dengan kehadiran Messi. Maradona yang bertindak selaku jurulatih tidak mempunyai jawapan untuk mengekang permainan taktikal Jerman yang jauh lebih kemas dan tersusun.


Soalnya, mengapa Messi begitu menjadi apabila bermain bersama Barcelona? Rentetan jaringan berjaya dihasilkan walhal tidak bersama pasukan kebangsaan. Adakah kerana adanya duomidfielder, Xavi dan Iniesta? Mungkin ada kebenarannya. Begitupun individu yang paling berjaya membentuk permainan menarik Barca adalah si genius Pep Guardiola.

corak permainan yang Peps ketengahkan di Barca...


Pep Guardiola gemar menukar formasi 4-4-3 menjadi 3-4-3 dimana Messi bebas menggerakkan bola sambil dibantu jeneral Xavi, Iniesta dan defensive midfielder, Sergio Busquets. Jaringan tiga pemain ini membentuk satu corak yang menarik (corak diomond) dibantu kemahiran individu Messi. Formasi yang Peps gunakan sedikit sebanyak mengingatkan saya pada corak permainan skuad 1990 Ajax Armsterdam yang dibawa oleh Louis Van Gaal. Rijkaard, Seedorf dan Edgar Davids adalah jelmaan pada ketiga-tiga pemain Barca yang disebutkan.  





Secara ringkasnya, gandingan tiga pemain di tengah banyak memberi kelebihan kepada corak serangan Barca tetapi tidak pada pertahanan. Real Madrid berjaya merungkai kelemahan ini melalui beberapa serangan pantas yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo pada beberapa siri el-Clasico. Tetapi perlu diingat serangan pantas yang dilakukan hanya dikatakan benar-benar berjaya apabila rangkaian diamond Barcelona berjaya dipatahkan.


Peps juga mengharapkan pemainnya agar bermain dengan penuh minat seperti yang diceritakan oleh Victor Valdes, penjaga gol prolifik Barcelona. Sebelum kedatangan Peps, Victor menegaskan beliau sentiasa berasa dalam tekanan untuk tidak membolosi sebarang gol ditambah pula dengan persaingan merebut tempat penjaga gol utama Barca. Beliau akhirnya disedarkan oleh Peps yang mengatakan bolasepak memerlukan minat dan merasai keseronokannya. Peps menegaskan beliau tidak hanya mencari pemain yang bagus tetapi juga pemain yang bermain bola dengan penuh minat. 


Tragedi Robert Enke, penjaga gol kebangsaan Jerman yang membunuh diri pada 2009 menjadi reflek pada kata-kata Pep Guardiola. Robert yang membunuh diri dengan membiarkan dirinya dirempuh keretapi memberi gambaran tekanan yang dihadapi pemain-pemain bolasepak profesional seluruh dunia. Pendekatan yang diambil oleh Peps banyak membantu moral pemain untuk bermain tanpa tekanan sekaligus mencorak gaya permainan yang begitu dikagumi.


Dan bagi Messi, ternyata beliau begitu memukau dipadang tetapi corak taktikal si genius Pep yang sebenarnya banyak menjana trofi Barcelona ketika ini. Setuju? 

p/s : primera liga 2012/13 pasti amat dinantikan  untuk melihat aksi Barcelona tanpa si genius Peps. 








No comments:

Post a Comment