Wednesday 29 August 2012

Skim pelaburan yang paling mengutungkan 2012!..

Pelaburan sekarang sudah tidak tahu halal haram..menjahanamkan institusi masyarakat sehingga menimbulkan jurang sangat tidak munasabah di antara kelas atasan dan bawahan...hasilnya pelbagai masalah etika di kalangan rakyat semakin meliar.

Kenapa kita masih percaya pada pelaburan sekular beracuankan yahudi? saya sendiri memohon seribu kemaafan pada Allah SWT kerana tidak sepenuhnya bergantung padaNya. Sebagai contoh, korang rasa insuran itu perlu? pendapat korang?

Pada rakan sekerja saya, abang Jaafar, terima kasih kerana sudi berkongsi sebuah cerita yang sangat mengagumkan saya. Sebuah kisah mengenai segala kebergantungan hanya pada Allah.

Teman abg Jaafar adalah seorang peniaga perabut terpakai di sebuah daerah di Selangor. Seorang yang wara' dan sederhana perwatakannya. Padanya, sedekah adalah satu kewajipan dan lebih menarik lagi..ianya satu pelaburan. Bukan setakat pelaburan akhirat bahkan pelaburan dunia.

Pada amalan bersedekah itu, Allah menjanjikan terdapat sepuluh ganda kebajikan yang menanti si penderma..berpegangkan kaedah ini, teman abg Jaafar ini ingin mempraktikkannya dengan bersedekah/belanja teman-temannya bersarapan dengan wang sakunya yang berjumlah RM14. Harapan beliau, Allah SWT akan memberi keuntungan 10 kali ganda kebajikan dunia.

Seketika kemudian, seorang pemuda telah datang ke kedai perabut teman abg Jaafar lalu ingin menjual perabut terpakainya. Teman abg Jaafar berpendapat pemuda tersebut pasti ingin menjual dengan harga yang agak mahal disebabkan keadaan perabut yang masih elok. Tapi tekaannya salah apabila pemuda tersebut ingin menjual dengan harga RM60 sahaja. Maka teman abg Jaafar pun membeli dengan harga yang telah dipersetujui.

Dalam hati teman abg Jaafar ini, terdetik bilakah janji Allah akan datang, bila tak berapa lama kemudian, seorang makcik datang ke kedainya dan terus mengamati perabut yang baru di beli teman tadi. Teman abg Jaafar memberitahu makcik tersebut bahawa perabut ini baru sampai dan bertanyakan berapa yang makcik boleh bayar jika mahukan perabut tersebut...

Alangkah terkejutnya teman abg Jaafar bila makcik ini sanggup bayar pada harga RM200. Selepas menerangkan bahawa harga perabut masih boleh dikurangkan, makcik tersebut tetap bertegas hendak membayar dengan harga RM200 kerana katanya...harga tersebut sesuai dengan kualiti perabut tersebut.

Tanpa ragu-ragu, teman abg Jaafar mengatakan inilah janji Allah yang sebenarnya kerana apabila diamati, keuntungan yang didapati dari menjual perabut tersebut adalah sebanyak RM140, gandaan sepuluh dari kadar sedekah RM14 yang dilaburkan teman abg Jaafar tadi...SubhanAllah.

Teman-teman, bahkan diri saya juga, Bergantunglah sepenuhnya pada Allah, nescaya kita akan menjadi kaya harta dan pahala..Bergantunglah pada Allah, nescaya kita akan mendapat kelapangan dari segala yang memberi kekusutan.

Banyak lagi kisah yang diceritakan abang Jaafar kepada saya mengenai soal kebergantungan kita pada Allah. InsyAllah bila ada kelapangan saya akan nukilkan lagi.

p/s: pelaburan paling membahagiakan...



Tuesday 28 August 2012

Kehidupan saya pada 1 Januari 2019...

Video yang saya dapat dari teman di Google mengenai kemungkinan kehidupan kita sekitar tahun 2019...Too future? nop la...infact we're heading toward these technology..All thank to Corning.

A day made of glass


A day made of glass 2


Monday 27 August 2012

Kisah benar wanita Kristian yang memeluk Islam dari pemuda Muslim yang memelihara pandangannya

Dikisahkan dari Syaikh Muhammad Hassan al-hafidh dari seorang rakannya, Khair, dalam kuliah hariannya...



Kisah ini benar terjadi di Negara Amerika yang melibatkan seorang pemuda muslim Maghribi dengan seorang wanita kristian Amerika. Allah berfirman dalam kitabNya, Surah Annuur ayat 30-31, yang bermaksud agar kita wajib memelihara pandangan kita dari melihat yang haram. Pemuda ini berjaya mengimplikasi kewajipan ini dan memberi impak yang besar kepada seorang wanita kristian.

Pemuda ini diuji Allah apabila takdirnya, beliau hanya bersama dengan seorang wanita Amerika yang cantik dan seksi di dalam lif sebuah bangunan pencakar langit di New York. Menariknya, Beliau tidak langsung memandang wanita tersebut dan hanya menumpukan tumpuan ke lantai..SubhanAllah..

Wanita Amerika tersebut, pastinya dia berasa tidak selesa dan takut apabila hanya bersama dengan lelaki yang tidak dikenali di dalam lif, tetapi menyedari pemuda tersebut tidak langsung memandangnya, dia berasa pelik dan tertanya-tanya.

Sampai di tingkat yang dihajati pemuda tersebut, Beliau terus keluar tanpa memandang wanita Amerika tadi dan lantaran itu, wanita tersebut pun menurutinya untuk bertanyakan sesuatu selain takut untuk menaiki lif berseorangan. Maka terjadilah perbualan antara mereka :

P:  Adakah saya tidak cantik?
L:  Saya tak tahu, sebab saya tidak memandang kamu..
P:  Kenapa? saya tak menarik?
L:  Agama saya melarang dari berbuat begitu.
P:  Kenapa kamu tidak mengganggu saya, mungkin dengan ciuman?
L:  Tidak! saya mohon perlindungan dari Allah..sesungguhnya saya takutkan Allah.
P:  Allah? mana Allah yang kamu takutkan sampai begini..
      ( Maka pemuda tersebut pun menceritakan serba sedikit mengenai Islam)
P:  Sungguh agama ini yang melarang kamu dari melihat saya, sudah semestinya tidak akan  
      membenarkan sebarang bentuk penganiayaan dan penindasan.

L:  Benar (sekali lagi pemuda ini memberi keterangan mengenai Islam)

Assyaikh menjelaskan, Wanita Amerika tersebut telah memilih pemuda Maghribi tersebut sebagai suaminya dan telah memeluk Islam sekitar tahun 2008...SubhanAllah, Lihatlah teman-teman, hanya dengan berpegang pada satu nilai ( memelihara pandangan ), Allah memberi ganjaran yang tidak disangka-sangka pada pemuda beriman tersebut..Moga kita dapat mempraktikkan sebanyak mungkin perintah Allah dengan penuh keikhlasan.

p/s: Pemuda tersebut telah menjadi jutawan kerana tanpa disedarinya, Isterinya adalah salah seorang tokoh perniagaan Amerika.




Sunday 26 August 2012

Saturday 25 August 2012

Rahsia kejayaan Kumpulan Karangkraf yang korang perlu tahu!



Kumpulan Karangkraf, sebuah syarikat penerbitan Bumiputera yang begitu berkembang saat ini. Networth Karangkraf telah mencecah RM200 juta, satu angka yang besar bagi sebuah syarikat bumiputera yang pada asalnya bermula hanya dengan modal RM1,000. How did they do it?



Datuk Hussamuddin Yaacub, pengasas Karangkraf adalah kuncinya. Datuk adalah seorang usahawan yang begitu berdisiplin dalam perniagaan. Pengalaman berniaga sewaktu masih kanak-kanak berjaya membentuk peribadi usahawan kelantan ini untuk berjaya dalam bidang penerbitan. Berikut adalah antara rahsia datuk untuk berjaya...

1. Datuk Hussamuddin mula berniaga seawal umur 7 tahun dengan menjual majalah, suratkhabar di kedai bapanya di Kota Bharu, Kelantan.

2. Untuk sesuatu barang yang dijual dengan harga RM 1.00, 90 sen adalah untuk membayar pembekal, 9 sen untuk menjalankan perniagaan, dan hanya 1 sen adalah keuntungan. Duit adalah milik perniagaan.

3. Sewaktu di Universiti, Datuk menjual fotokopi buku-buku pembelajaran kepada teman-teman yang tidak mampu membeli buku asal yang mahal.

4. Datuk membeli sedozen pensil dengan harga RM 1.00, menjual setiap batang 10 sen, mendapat keuntungan 20 sen bagi setiap dozen pensil.

5. Sebagai penerbit, Datuk sentiasa ke tempat percetakan, mempelajari selok-belok ilmu percetakan selama 10 tahun dan akhirnya membuka sendiri bisnes percetakan Kumpulam Karangkraf.

6. Datuk sentiasa belajar dari generasi terawal peniaga berbangsa Cina. Mereka bekerja keras dan penuh dedikasi. Their word was their bond.

7. Bidang Peruncitan adalah bidang yang terbaik untuk belajar berniaga. Pelajari produk yang hendak dijual, kaji kelebihan dan kelemahannya. Seterusnya pelajari cara berurusan dengan pembekal, membina rangkaian dan mendapatkan barang yang terbaik disamping melatih pengurusan kewangan.

8. Bawa 30 atau 40 orang untuk kursus keusahawanan selama 3 atau 4 hari, kemudian beri mereka few thousand untuk mereka memulakan bisnes. Datuk boleh guarantee, hasilnya..GAGAL.
Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

*banyak lagi tips dari Datuk di sini

p/s: pernah minta keja kat Karangkraf...tak dak rezeki..

Friday 24 August 2012

Kisah Tsunami Jepun yang menyedihkan...



Kisah ini terjadi sewaktu tsunami  Jepun pada 11 Mac 2011 di daerah Miyagi (bandar pelabuhan). Salah seorang mangsa, Arisa Miura sempat menghantar beberapa mesej kepada ibu dan teman lelakinya sebelum ditelan ombak tsunami. Hanya pada 5 Mac 2012, pihak media telah mendedahkan mesej-mesej tersebut yang didapati dari teman lelaki Arisa.

Mesej pertama dihantar pada teman lelakinya, 17minit selepas Tsunami melanda iaitu pada jam 3.03pm
 "Tsunami setinggi 6 meter sedang datang. Saya akan cari tempat selamat"



Seminit kemudian Arisa menghantar mesej kepada ibunya (hanya dapat dibaca ibunya beberapa hari kemudian kerana gangguan talian)
"Jika bangunan runtuh, Saya minta maaf"

Jam 3.11pm, teman lelaki Arisa membalas mesej , "Don't get yourself killed" dan dibalas Arisa "Saya tak kan mati, saya sayangkan kamu". Saat ini Air bah sudah melimpah masuk ke pejabat Arisa menyebabkan mereka semua berpindah ke bumbung bangunan.

Jam 3.21pm, Teman lelaki Arisa membalas mesej Arisa, "sayangkan kamu juga. dekat sini tak lah teruk sangat" (ditambah ikon love). merujuk tempat teman lelaki Arisa berada iaitu di kawasan Miyagi juga.

Jam 3.27pm, Arisa membalas "thank goodness" merujuk keadaan teman lelakinya yang selamat..sejurus kemudian Arisa menghantar mesej terakhir " Tsunami yang sangat besar dah datang,saya kat atas bumbung, macammana kalau saya tak selamat? my car had been swept off!"..

Jam 3.33pm, Tsunami yang melanda telah meranapkan bangunan tempat Arisa berlindung. Tiada yang selamat. Teman lelakinya masih menghantar beberapa mesej pada waktu tersebut, no return message.

p/s: cebisan mayat Arisa telah ditemui pada Januari 2012, hampir 11 bulan selepas kejadian. Ibunya masih trauma dengan mesej yang Arisa hantar.

Thursday 23 August 2012

Manchester Utined kalah kat jersi.

1. Jersi pemain Manchester United, Anderson tersalah cetak pada perlawanan pembukaan E.P.L 2012/13 menentang Everton yang berkesudahan M.U kalah 0-1. hmmm..



Ini bukan kali pertama bila nama Beckham (sewaktu masih bersama M.U) juga tersalah cetak.



p/s: nama diorang pun ntah hapa2..


Wednesday 22 August 2012

lelaki Malaysia kurang 8 perkara.

1. 8 perkara perihal isteri yang lelaki Malaysia mesti belajar dengan mat salleh :

a. Lamar pasangan dengan kreatif.
b. Text mesej yang memuji pasangan.
c. Hantar bunga untuk redakan pergaduhan.
d. Buatkan sarapan ketika pasangan masih tidur.
e. Tinggalkan nota cinta tiap kali hendak ke pejabat.
f. Katakan 'i love u' dalam telefon.
g. Kerap mencium pasangan.
h. Memanggil dengan nama yang lain seperti 'my treasure'.

p/s: Rasullullah dah buat lama dah..mat salleh yang tiru rasulullah sebenarnya


2. When you're stressed, you eat lots of ice cream, chocolate and sweets.YOU KNOW WHY?



p/s: make sense..haha

3. Korang pasti tiada imej pada paparan di bawah nih? gelengkan kepala korang sambil tengok paparan tersebut. Ada imej? bagi yang nampak, imej tersebut adalah imej John Lennon. Yang x nampak...



ada lagi..


p/s: pening aa..

4. Ada jugak nama kampung macam ni aa..Perkenalkan kampung 'fucking' yang terletak di Austria..haha ala kat Malaysia pun banyak kampung yang namanya boleh terdouble meaning.










p/s:  rare sangat la tu...








hukum tidur dalam tandas...

Macam-macam orang zaman sekarang..tidur dalam tandas pun dikajinya. Diperkenalkan teknik tidur yang terbaik dalam tandas...stupid.





    




teknik shopping yang menguntungkan!

1. rancangan extreme couponing di Astro memang best..bayangkan harga barang yang sepatutnya kena bayar sebanyak 1342.76 dollar, hanya perlu bayar 35 dollar lepas pakai kupon diskaun. pergh! yang x bestnya hidup si pengumpul kupon nih memang tertumpu pada kupon even dalam tong sampah pun diorang sanggup masuk. memang kena dengan pepatah 'no pain no gain'.
p/s : kumpul kupon pahala lagiii untung














2. Sekarang banyak laman web yang menjual barang kan?..minat beli-belah secara online?aku minat jugak la...bukan apa yang paling memudahkan aku adalah senang nak pilih barang dan boleh tahu kualiti sesuatu barang melalui rate pengguna. Banyak jugak kes tipu e-selling ni yang aku dengar, terpulang pada kita untuk menilai dan so far aku rasa comfortable dengan perkhidmatan online ni.
p/s : shopping kat lazada memang lazat..

Thursday 16 August 2012

lembu dan lebuhraya tak dapat dipisahkan

1. Hati-hati balik raya. Awas lembu melintas. Tempat mana yang lembu banyak lintas? Ipoh?





















2. Raya dah dekat,jaga makan, hidup sihat. Perut aku akan menjana beribu kalori raya nih. haha


















Wednesday 15 August 2012

Gempar! kalimah Allah di Pulau Pinang

1. Broadband terbaru yang aku pakai.Yes YES!..Ada promotion sampai 31 Ogos 2012..cuma bayar RM50 dan bulanan aku ambik Rm68/4GB/20mbps punya. Memang terbaik. Bye2 Celcom..













2. Gambar dari kawan JKR yang bekerja di satu tapak pembinaan projek masjid di Pulau Pinang. Subhaanallah. Gambar diambil sekitar bulan April sewaktu kawan tersebut memanjat menara masjid untuk membuat inspection.


Tuesday 14 August 2012

Selamat Hari Raya

1. Sempena hari raya yang menjelang tiba, hantarkan kad ucapan online korang kepada yang tersayang
melalui TheStar e-greeting card. Terdapat 4 pilihan kad animasi yang menarik untuk dipilih..Salam Eidulfitr to all bloggers!.



2. Recently, aku kerap guna satu software ni untuk muat turun movie/anything yang aku minat. Quiet interesting dan yang paling penting, kelajuan download yang best!. Software yang dimaksudkan adalah Express File. Menerima respon yang baik di facebook sebagai antara downloader yang terbaik. give it a try..


tutorial di sini.