Pelaburan sekarang sudah tidak tahu halal haram..menjahanamkan institusi masyarakat sehingga menimbulkan jurang sangat tidak munasabah di antara kelas atasan dan bawahan...hasilnya pelbagai masalah etika di kalangan rakyat semakin meliar.
Kenapa kita masih percaya pada pelaburan sekular beracuankan yahudi? saya sendiri memohon seribu kemaafan pada Allah SWT kerana tidak sepenuhnya bergantung padaNya. Sebagai contoh, korang rasa insuran itu perlu? pendapat korang?
Pada rakan sekerja saya, abang Jaafar, terima kasih kerana sudi berkongsi sebuah cerita yang sangat mengagumkan saya. Sebuah kisah mengenai segala kebergantungan hanya pada Allah.
Teman abg Jaafar adalah seorang peniaga perabut terpakai di sebuah daerah di Selangor. Seorang yang wara' dan sederhana perwatakannya. Padanya, sedekah adalah satu kewajipan dan lebih menarik lagi..ianya satu pelaburan. Bukan setakat pelaburan akhirat bahkan pelaburan dunia.
Pada amalan bersedekah itu, Allah menjanjikan terdapat sepuluh ganda kebajikan yang menanti si penderma..berpegangkan kaedah ini, teman abg Jaafar ini ingin mempraktikkannya dengan bersedekah/belanja teman-temannya bersarapan dengan wang sakunya yang berjumlah RM14. Harapan beliau, Allah SWT akan memberi keuntungan 10 kali ganda kebajikan dunia.
Seketika kemudian, seorang pemuda telah datang ke kedai perabut teman abg Jaafar lalu ingin menjual perabut terpakainya. Teman abg Jaafar berpendapat pemuda tersebut pasti ingin menjual dengan harga yang agak mahal disebabkan keadaan perabut yang masih elok. Tapi tekaannya salah apabila pemuda tersebut ingin menjual dengan harga RM60 sahaja. Maka teman abg Jaafar pun membeli dengan harga yang telah dipersetujui.
Dalam hati teman abg Jaafar ini, terdetik bilakah janji Allah akan datang, bila tak berapa lama kemudian, seorang makcik datang ke kedainya dan terus mengamati perabut yang baru di beli teman tadi. Teman abg Jaafar memberitahu makcik tersebut bahawa perabut ini baru sampai dan bertanyakan berapa yang makcik boleh bayar jika mahukan perabut tersebut...
Alangkah terkejutnya teman abg Jaafar bila makcik ini sanggup bayar pada harga RM200. Selepas menerangkan bahawa harga perabut masih boleh dikurangkan, makcik tersebut tetap bertegas hendak membayar dengan harga RM200 kerana katanya...harga tersebut sesuai dengan kualiti perabut tersebut.
Tanpa ragu-ragu, teman abg Jaafar mengatakan inilah janji Allah yang sebenarnya kerana apabila diamati, keuntungan yang didapati dari menjual perabut tersebut adalah sebanyak RM140, gandaan sepuluh dari kadar sedekah RM14 yang dilaburkan teman abg Jaafar tadi...SubhanAllah.
Teman-teman, bahkan diri saya juga, Bergantunglah sepenuhnya pada Allah, nescaya kita akan menjadi kaya harta dan pahala..Bergantunglah pada Allah, nescaya kita akan mendapat kelapangan dari segala yang memberi kekusutan.
Banyak lagi kisah yang diceritakan abang Jaafar kepada saya mengenai soal kebergantungan kita pada Allah. InsyAllah bila ada kelapangan saya akan nukilkan lagi.
p/s: pelaburan paling membahagiakan...
banyaknya Allah bagi. Dia Maha Pemurah.. :-)
ReplyDeletebersyukur.. itu y penting :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletethanks for sharing... sesungguhnya setiap kisah ada pengajarannya...
ReplyDeletethankpul! sepatutnya..
ReplyDeletesuka..suka..
thanks for sharing..:D
ReplyDeleteBetul tu kalau kita berniaga kerana Allah, inshaAllah Allah akan menurunkan berbagai2 jenis rezeki ^^
ReplyDelete