Friday 24 August 2012

Kisah Tsunami Jepun yang menyedihkan...



Kisah ini terjadi sewaktu tsunami  Jepun pada 11 Mac 2011 di daerah Miyagi (bandar pelabuhan). Salah seorang mangsa, Arisa Miura sempat menghantar beberapa mesej kepada ibu dan teman lelakinya sebelum ditelan ombak tsunami. Hanya pada 5 Mac 2012, pihak media telah mendedahkan mesej-mesej tersebut yang didapati dari teman lelaki Arisa.

Mesej pertama dihantar pada teman lelakinya, 17minit selepas Tsunami melanda iaitu pada jam 3.03pm
 "Tsunami setinggi 6 meter sedang datang. Saya akan cari tempat selamat"



Seminit kemudian Arisa menghantar mesej kepada ibunya (hanya dapat dibaca ibunya beberapa hari kemudian kerana gangguan talian)
"Jika bangunan runtuh, Saya minta maaf"

Jam 3.11pm, teman lelaki Arisa membalas mesej , "Don't get yourself killed" dan dibalas Arisa "Saya tak kan mati, saya sayangkan kamu". Saat ini Air bah sudah melimpah masuk ke pejabat Arisa menyebabkan mereka semua berpindah ke bumbung bangunan.

Jam 3.21pm, Teman lelaki Arisa membalas mesej Arisa, "sayangkan kamu juga. dekat sini tak lah teruk sangat" (ditambah ikon love). merujuk tempat teman lelaki Arisa berada iaitu di kawasan Miyagi juga.

Jam 3.27pm, Arisa membalas "thank goodness" merujuk keadaan teman lelakinya yang selamat..sejurus kemudian Arisa menghantar mesej terakhir " Tsunami yang sangat besar dah datang,saya kat atas bumbung, macammana kalau saya tak selamat? my car had been swept off!"..

Jam 3.33pm, Tsunami yang melanda telah meranapkan bangunan tempat Arisa berlindung. Tiada yang selamat. Teman lelakinya masih menghantar beberapa mesej pada waktu tersebut, no return message.

p/s: cebisan mayat Arisa telah ditemui pada Januari 2012, hampir 11 bulan selepas kejadian. Ibunya masih trauma dengan mesej yang Arisa hantar.

2 comments: