Saturday 25 August 2012

Rahsia kejayaan Kumpulan Karangkraf yang korang perlu tahu!



Kumpulan Karangkraf, sebuah syarikat penerbitan Bumiputera yang begitu berkembang saat ini. Networth Karangkraf telah mencecah RM200 juta, satu angka yang besar bagi sebuah syarikat bumiputera yang pada asalnya bermula hanya dengan modal RM1,000. How did they do it?



Datuk Hussamuddin Yaacub, pengasas Karangkraf adalah kuncinya. Datuk adalah seorang usahawan yang begitu berdisiplin dalam perniagaan. Pengalaman berniaga sewaktu masih kanak-kanak berjaya membentuk peribadi usahawan kelantan ini untuk berjaya dalam bidang penerbitan. Berikut adalah antara rahsia datuk untuk berjaya...

1. Datuk Hussamuddin mula berniaga seawal umur 7 tahun dengan menjual majalah, suratkhabar di kedai bapanya di Kota Bharu, Kelantan.

2. Untuk sesuatu barang yang dijual dengan harga RM 1.00, 90 sen adalah untuk membayar pembekal, 9 sen untuk menjalankan perniagaan, dan hanya 1 sen adalah keuntungan. Duit adalah milik perniagaan.

3. Sewaktu di Universiti, Datuk menjual fotokopi buku-buku pembelajaran kepada teman-teman yang tidak mampu membeli buku asal yang mahal.

4. Datuk membeli sedozen pensil dengan harga RM 1.00, menjual setiap batang 10 sen, mendapat keuntungan 20 sen bagi setiap dozen pensil.

5. Sebagai penerbit, Datuk sentiasa ke tempat percetakan, mempelajari selok-belok ilmu percetakan selama 10 tahun dan akhirnya membuka sendiri bisnes percetakan Kumpulam Karangkraf.

6. Datuk sentiasa belajar dari generasi terawal peniaga berbangsa Cina. Mereka bekerja keras dan penuh dedikasi. Their word was their bond.

7. Bidang Peruncitan adalah bidang yang terbaik untuk belajar berniaga. Pelajari produk yang hendak dijual, kaji kelebihan dan kelemahannya. Seterusnya pelajari cara berurusan dengan pembekal, membina rangkaian dan mendapatkan barang yang terbaik disamping melatih pengurusan kewangan.

8. Bawa 30 atau 40 orang untuk kursus keusahawanan selama 3 atau 4 hari, kemudian beri mereka few thousand untuk mereka memulakan bisnes. Datuk boleh guarantee, hasilnya..GAGAL.
Tiada jalan pintas untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

*banyak lagi tips dari Datuk di sini

p/s: pernah minta keja kat Karangkraf...tak dak rezeki..

3 comments: