Tuesday, 18 September 2012
Muaythai boleh dikalahkan dengan...
Silat atau muaythai? Pada saya, keduanya mempunyai kelebihan. tetapi dari pemerhatian saya, rutin muaythai yang memberi kelebihan lebih daripada silat.
Bayangkan untuk menjadi seorang penggiat muaythai, seseorang perlu mengharungi latihan yang amat ekstrim. Berjoging, skipping, tekan tubi adalah rutin harian yang wajib. Dengan setiap amalan ini, pastinya para pengamal seni muaythai mempunyai kekuatan badan yang sangat kental. Adakah silat warisan kita mempunyai rutin hariansebegini?
Silat pada saya sangat berbahaya jika kena pada caranya. Maksud saya jika dapat mengunci pergerakan musuh. Saya pernah tersembam ke tanah hanya kerana tok guru menekan urat pergelangan tangan saya. Tapi untuk mengunci pergerakan seorang penggiat muaythai, saya rasa memerlukan kekuatan yang setanding atau lebih.
Jadi, bagi penggiat silat, jagalah makan, amalkan cara hidup sihat..tak guna mempunyai pelbagai buah silat tapi kesihatan badan tidak dijaga.
sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bile la dpt bljr silat nie..hehe
ReplyDeletedulu pernah juga masuk silat, rajin juga training tiap2 hari tpi lepas dh test terus tak amalkan haha xD
ReplyDeleterasanya dua2 seimbang. sebab kat kedah, selalu ada perlawanan antara silat dengan muaythai. dan yang sertainya adalah pendekar2 yang hebat dari kedua2 belah pihak. Jadi, pihak silat akan hantar pendekar yang hebat, dan pihak muay thai pula akan hantar tenteranya yang hebat. hasil keputusan selalunya seimbang. tidak memihak kepada mana2. jadi, ini dah membuktikan yang dua2 seni pertahanan diri ni adalah yang terbaik. silat sangat berbahaya dengan teknik kunci dan teknik menyerang anggota badan yang lemah, manakala muaythai berbahaya dengan serangan2 kuat, padu dan lasak. tapi jika silat dah masuk tahap silat batin, haa.. yang ni sangat bahaya. dan paling terulung antara yang lain2. kerana kebiasaanya, lawan mereka akan mati..
ReplyDeletesilat amalan bukan tandingan
ReplyDeletewah , hang pon pandai silat jugak yer .. boleh ajar aku silat nih :)
ReplyDeleteade kenal dgn sorg akak yg tere silat. mati kene tikam. kite takleh byg situsi panik mase diserang kan.
ReplyDeletedulu zman study sy pnah sparring dgn kawan blajar silat, tomoi & taekwondo.. nk msuk jarak dekat dia guna tomoi, jarak jauh dia sedia taekwondo, utk kunci dia sedia silat.. penin nk msuk benteng, huh...
ReplyDeletebetol2.. pengamal silat lebih mengutamakan teknik dari kudrat. walaupun ianya effectif, terutamanya bagi mereka yg kurang kekuatan fizikal, tapi bila perlu hadapi musuh kuat fizikal dan hebat teknik, susah kita nk menang. so, antara teknik dah kudrat, kedua-duanya penting. tapi, sebagai pengamal seni bela diri muslim yg sejati, kudrat dan teknik buah tidak mencukupi. ianya perlu ditambah dengan kebergantungan kepada Allah, kerana setiap perkara yg berlaku segalanya atas kehendak-Nya jua. kekuatan fizikal dan kemahiran teknik buah adalah atas usaha kita, selebihnya kalah atau menang adalah ketentuan-Nya.
ReplyDeletesaya pengamal silat, apa yang muaythai amalkan sebenarnya diamalkan juga tau, skipping, jog, sit up, push up, semua tu kena buat, tapi dalam mengamalkan fizikal, silat juga ada unsur dalaman yang kuat tau.... :)
ReplyDelete