Tuesday, 4 September 2012

Tips sihat yang super simple!



Ya Rasul, bagaimana kami tidak putus-putus merinduimu kerana kau terlalu sayangkan kami, risaukan kami, doakan kami...

Teman-teman, contohilah baginda Nabi. Dari segenap aspek kehidupan, baginda Nabi telah mengajar kita bagaimana untuk mengurus kehidupan dengan selengkapnya. Justeru, marilah kita bersama hayati antara tip-tip kesihatan dari baginda Nabi S.A.W :

1. Mandi awal pagi sebelum Subuh / sejam sebelum matahari terbit. ( Kurangkan lemak badan )

2. Minum air sejuk bercampur madu setiap pagi. ( InsyaAllah payah mendapat sakit )

3. Sujud selepas do'a solat Subuh paling kurang seminit. ( mengelakkan migrain )

4. Tidak minum susu bersama daging, ayam, ikan, cuka atau buah-buahan. ( mudahkan proses hadaman )

5. Makan buah-buahan sebelum makan berat.

6. Penuhkan setengah ruang perut dengan air.

7. minum air dengan 3 teguk sekali nafas perlahan-lahan. Dilarang bernafas pada air minuman.

8. Makan berjemaah / keluarga.
    ( Bercakap soal makan bersama keluarga, ada seorang pakcik yang menjual satay di tempat saya yang
    mengesyorkan agar makan bersama keluarga di dalam satu talam. Khaifiatnya, mengeratkan kasih sayang.
    Memang saya nampak kebahagiaan pakcik tersebut bersama keluarganya. Setiap harinya dipenuhi dengan
    senyuman tanpa saya dapat menghidu sebarang masalah. Moga Allah merahmatinya... )

p/s: saya jarang minum air...

8 comments:

  1. ilmu sangat bermanfaat utk arini..tq kongsi ;-))

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing
    selalu terbalik pula,
    makan buah2an utk dessert iaitu lepas makan yg berat2

    ReplyDelete
  3. hehe saya pun kekadang terlupa

    ReplyDelete
  4. betul tu....makan bersama memg eratkan hubungan kekeluargaan :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas info menarik.. insyaallah cuba amal.. :)

    ReplyDelete
  6. banyak jugak yang saya tak buat ni. hehe. nice sharing :)

    ReplyDelete
  7. wah..trimas atas info yerrr...

    ReplyDelete