Monday, 10 September 2012
Dipukul selepas selesai solat Jumaat
Salam.
Jumaat lepas saya sempat solat jumaat di kampung saya di Pulau Pinang. Happy jugak sebab dah lama tak dapat solat berjemaah dengan orang kampung.
Selesai saja solat, tetiba terdengar bunyi bising di belakang ...macam orang tengah gaduh. Saya buat bodo dan terus sambung berwirid dan terus berdoa...selesai semuanya saya bergegas ke tempat gaduh tadi. Allahuakbar! sorang mamat Bangladesh/Myanmar terbaring atas tanah dengan muka separuh lunyai (lembik). Kenapa sampai begini dia dipukul?
Dari cerita dari sorang rakan saya, Budak Myanmar tersebut ditangkap kerana memakai rantai yang mempunyai bentuk salib. Jemaah disebelah budak Myanmar yang mula-mula menyedari rantai tersebut sewaktu sedang sujud. Memang teruklah budak tu kena bantai.
Nasib baik salah seorang imam masjid datang cepat untuk menghentikan pergaduhan. Itupun selepas imam tersebut berkata " kenapa nak dipukul teruk budak nih, mungkin dia berminat dengan Islam, dia nak belajar Islam..bagi la dia peluang nak belajar solat..sudah-sudah".
Saya pun rasa tak patut budak tu dipukul...Hmmm
Korang rasa budak Myanmar tadi masih berminat lagi dengan Islam? Harapan saya begitu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ok, sedih. dah lah pulau pinang. kat mna agak2 nya? tanjung tokong? ka tanjung bungah?
ReplyDeletemoga2 dia still berminat lagi
MashaAllah... teruk betul
ReplyDeleteberdosa tu kita remehkan org yg ingin melihat keindahan Islam, andaikata Tok Imam tersebut betul ;(
stuju dgn tok imam tu habag.. kalau betui budak tu minat kt islam, kn kesian kt dia, kita pun malu sama.. (=_=);
ReplyDeletekenapa perlu diperlakukan begitu..seandainya niat dia ikhlas utk kenali islam dgn lebih mendalam..wajarkah kita mengadili dia sebegitu? ..moga dia masih lagi berminat...
ReplyDeleteape la yg ade dlm fikiran die skrg...........
ReplyDeletesemoga die tak berpaling utk menerima Islam... :')
ehem2. apelahh no otak betull =="
ReplyDeleteApa motif dia sebenarnya?
ReplyDeleteSapa yang start pukul dulu?
Kalau zaman nabi mesti Nabi dan Sahabat tanya dulu kenapa engkau datang bersembahyang bersama kami?
Sama mcm cerita dimana seorang lelaki turut menyertai peperangan sedangkan dia bukan islam.
Namun dia meninggal dalam peperangan.
Akhirnya tahu lah bahawa dia masuk islam sebelum ke medan perang.
Dan dia mati syahid. Matinya dia dijamin ke syurga (Walaupun sekali pun dia tak pernah beribadat)
xsempat tnya suma tu...tau2 org kita da pukul
Delete