Monday 17 September 2012

Alahai kenduri kahwin zaman sekarang...



Kelmarin saya sempat hadir dua majlis kenduri kahwin. Sangat berbeza cara kedua-dua tuan rumah menjalankan majlis mereka. Macam-macam trend majlis kenduri yang ada sekarang kan?...Majlis yang berlandaskan syariah sangatlah menyenangkan hati.

Majlis kenduri pertama yang saya pergi betul-betul menampakkan kesungguhan tuan rumah untuk mengikut syariah dan tunjuk ajar nabi. Tempat makan bagi lelaki dan perempuan  diasingkan, Lagu yang berkumandang kebanyakannya nasyid dan tazkirah agama. Saya dapat rasakan suasana yang harmoni dengan kehadiran ramai budak-budak dari Maahad Tahfidz terdekat. Rupanya budak-budak tersebut adalah anak murid pengantin lelaki. Ramai juga tok-tok guru pondok yang hadir yang sempat saya perhatikan. Memang sangat menyenangkan hati saya.

Manakala majlis kenduri kedua yang saya hadiri adalah seperti kebanyakan kenduri yang ada sekarang...Tempat makan lelaki dan perempuan tidak diasingkan, lagunya memang membingitkan (seb baik xde Gangnam) dan kebanyakannya melalaikan. Ada satu masa, saya terpaksa berhimpit dengan orang ramai (bercampur lelaki perempuan) untuk mengambil minuman dan saya cuba sedaya upaya untuk tidak saling bersentuhan dengan bukan mahram saya..memang memenatkan.

Alangkah eloknya jika kita dapat mengadakan majlis dengan berlandaskan agama. Agama itu sepatutnya diatas dan dijadikan sandaran. Apapun, bab makan memang kedua-duanya terbaik...saya makan banyak sangat. :p

9 comments:

  1. Kebanyakannya tempat makanan semasa jemputan perkahwinan mahupun kenduri adalah tidak diasingkan antara lelaki dan perempuan. Berharap sangat, pada masa akan datang semua tempat akan diasingkan antara lelaki dan perempuan.

    ReplyDelete
  2. betul2.. kalau asing, nk mkn pun selesa.. =)

    ReplyDelete
  3. satu lagi pasal kenduri ni orang selalu buat diluar kemampuan sampai sanggup berhutang.. nak menunjuk2..

    ReplyDelete
  4. 2 perkara yang berbeza dari segi kelangsungannya tapi dengan 1 tujuan yang sama.... menghebahkan perkara yang baik....

    ReplyDelete
  5. betul sgt tu.. sedihnya sekarang ni hanya ahli agama sahaja yg mempraktikkn benda begini.. org yg biasa semua sambutan mereka pun biasa2 ^^
    inshaAllah waktu aku kahwin nnti nak kena buat mcm ni juga

    ReplyDelete
  6. ermm...sokong2...klu diasingkan lelaki pompuan memang mudah lah citer nyer , aman tenang..kan..kan..

    ReplyDelete
  7. tula...mmg bengang lau ms nak ambil mkanan...datang plak pakcik gatal menggesel2..nk lambung meja ase..huhuhu

    ReplyDelete
  8. betollah kak .. kawen sekarang org buat sekadar mengikut

    ReplyDelete