Thursday 13 September 2012

Cara dakwah pada bukan Islam

Saya baru selesai hadiri seminar motivasi diri di KOMTAR, Pulau Pinang yang diberikan oleh seorang muallaf dari keturunan India bernama Assyeikh Kamaruddin Abdullah. Beliau merupakan presiden IPSI (Islamic Propagation Society International). Sebuah organisasi yang menjalankan dakwah dan sekarang telah mengislamkan lebih 100 orang di Pulau Pinang. SubhanAllah.



Memang berbaloi ilmu yang beliau kongsikan antaranya mengenai :

1. Betapa kerdilnya kita di dunia ini. Ada 24000 Billion galaksi dan kita dimana? Kenapa perlu sombong?

2. Betapa besar fadhilat derma di jalan Allah bagi yang nampak hinanya dunia dan hebatnya Akhirat..

3. Urusan dakwah terletak atas bahu semua umat Islam...Kita adalah para pendakwah.

4. Al-Quran perlu dihayati dan perlu ada tindakan selanjutnya selepas membaca dan memahami Al-Quran.

Perkara yang saya paling ingat sampai sekarang adalah bagaimana beliau begitu marah pada umat Islam yang tidak mendedahkan beliau dengan Islam pada zaman kejahilan beliau. Beliau masuk Islam bukan kerana dakwah orang Islam tetapi atas usaha beliau mengkaji Al-Quran.

Perkara lain yang turut menarik perhatian saya adalah, ada jugak peserta program yang bukan beragama Islam datang dan mereka telah diberi senaskah buku agama yang bertajuk Keajaiban Al-Quran...Moga mereka mendapat hidayah dari Allah.

Moga As-syeikh mendapat rahmat dari Allah S.W.T.


14 comments:

  1. terima kasih pengkongsian yang baik.. :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing, dulu pernah dgr juga ceramah dari Muallaf yg baru memeluk agama Islam..
    Kadang-kadang rasa malu juga dia baru je masuk Islam tapi kesungguhan dia mengalahkan kita yg dilahirkan Islam, mashaAllah.

    ReplyDelete
  3. subhanaALLAH..semoga dakwah beliau berterusan..amin

    ReplyDelete
  4. semoga kita juga memainkan peranan dalam berdakwah seperti beliau..

    ReplyDelete
  5. tidak perlu menunggu sempurna untuk berdakwah . berdakwah lah walau satu ayat sekali pon :)

    jemput singgah
    rawtrawt dah balik ? http://inibelogterabor.blogspot.com/2012/09/perubahan-drastik.html

    ReplyDelete
  6. tapi perasan tak, ramai orang bukan islam peluk islam selepas MENGKAJI al-quran? itu lah dia bezanya dengan orang Islam sendiri. kita tak pernah terfikir untuk mengkaji al-quran. sebab tu ramai yang dah terpesong jauh.. kan? betul tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro,,yang kita duk kaji gangnam jahanam

      Delete
  7. Alhamdulillah bagusnya...orang kita ramai baca Quran tapi tak nak dalami maksudnya...

    ReplyDelete
  8. dari duk hafal tarian gangnam tu bek hafal mksud 1001 maksud dlm al-quran tu lg byk faedah :)

    ReplyDelete
  9. salam perkenalan...terharu gak bila non-muslim yang cuba mendalami Islam..dan akhirnya mengamalkan cara hidup Islam... ;)

    ReplyDelete
  10. Salam perkenalan...nice sharing tq...

    ReplyDelete
  11. singgah baca..terima kasih kerana sudi drop komen blog saya dan saya temui blog anda!!

    ReplyDelete