Friday 7 September 2012

Kenapa perlu senyum?



Salam.

Tiap kali ada masalah, apakah perkara yang korang akan buat selain dari dzikrullah?...

For me, whenever saya mendapat sebarang kesulitan, perkara yang saya kerap lakukan adalah dengan....SENYUM, ya betul, senyum. Dari segi sains, kita semua tahu yang banyak kajian dilakukan tentang  otot-otot yang terlibat ketika senyum. Kajian-kajian ini sebenarnya menunjukkan bahawa dengan hanya senyum, otak kita menterjemahkan yang seolah-olah masalah yang dihadapi sudah selesai.

Ini betul terjadi pada saya...kerana saya telah praktiskan benda ni agak lama...dan resultnya memang memberansangkan. Bila saya mengkaji lebih mendalam, rupanya apabila kita senyum, kita sebenarnya sedang menjana aura positif dalam diri. Apabila diri menjadi positif secara outomatiknya, masalah yang kita hadapi akan tampak mudah untuk diselesaikan.

Bila bos marah tak tentu pasal,  tayar moto pancit in the middle of nowhere, Duit dalam bank makin menyusut, dan bermacam lagi masalah yang timbul...maka jangan lupa senyum ok.

Di barat, pakar kaunseling mereka telah lama menggunakan kaedah senyum untuk pesakit mereka yang dinamakan 'smile therapy'. No wonderlah bila Rasulullah sangat menyeru kita agar kerap melemparkan senyuman walaupun ketika dalam kesulitan.

Cuba teman-teman praktikkan setiap kali menemui masalah. InsyaAllah terkesan. Jangan cepat melatah.

p/s: saya tengah senyum ni :o

7 comments:

  1. senyum~ xperlu kata apa2.. ^^

    ReplyDelete
  2. yup..btol tu..senyum selalu =)
    selain tu yana ade gak nanges..hehe..sbb bru ase tng cket ^_^

    ReplyDelete
  3. senyum tu pengubat segalanya

    ReplyDelete
  4. hahah betul tu senyum tu berpada2 ;D
    ringan2kan mulut kita tersenyum waktu dalam kesusahan inshaAllah hati akan lebih tenang menyelesaikannya

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Baca artikel ini tentang senyum, rasa macam nak cuba lepas ini. Bagi saya kalau ditimpa masalah atau dalam kesedihan, saya akan menangis..terutama sekali kalau hormon berubah lagi la cepat sedih.
    Tapi rasanya nak cuba cara senyumlah...Senyummmmmm sahaja la lepas ini mana lah tahu boleh ubah minda rangsangan satu badan jadi positif.

    Boleh cuba ni!

    Apa-apa pon nanti singgah blog Mummy and follow tau sbb Mummy dah follow blog ni sebab BEST sangat!

    ReplyDelete